Friday, August 30, 2013

31 OGOS 2013!!! Malaysia!!!

 
       Saya warga Malaysia!!! Saya bangsa Malaysia!!! Saya anak Malaysia!!! Malaysia- negara ini negara kesayangan saya. Negara ini terkenal dengan struktur masyarakatnya yang terdiri daripada Orang Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi. Etnik masing- masing memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara sehinggalah tercapainya kecemerlangan Malaysia pada hari ini.

     Kita memiliki identiti tersediri iaitu, identiti sebagai warganegra Malaysia. Tiadalah warga lain mempunyai identiti yang sama seperti kita. Walaupun negara Indonesia, Singapura mahupun Thailand bersempadan dengan negara kita, budaya, gaya hidupnya amat berlainan. Budaya makanan Orang Cina tidaklah sama dengan budaya negara China di mana makanannya pedas-pedas belaka. Slanga bahasa Orang Melayu pun berbeza dengan orang Melayu di Indonesia. Sehubungan itu, bahasa pasar yang dicipta di watan kita, seperti perkataan 'cincai', 'gua','lu' hanya difahami oleh rakyat Malaysia. Kita mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya sebegitu digelar budaya Malaysia! 


  Malaysia dikurniakan oleh Tuhan dengan segala kemakmuran. Kekayaan bahan mentah, kehijauan alam sekitar dan lanskap kita yang bebas daripada sebarang bencana alam seperti gempa bumi, kemarau dan tsunami menjadi kesyukuran rakyatnya. Rakyatnya selesa hidup dalam suasana cuaca yang baik. Walaupun panas sepanjang tahun, kejadian hujan yang kerap menimpa pada muka bumi melegakan rasa panas penghuni bumi.Bersyukurlah saya sebagai warga Malaysia. 
                
     Pada sedekad yang lalu, semangat patriotisme di Malaysia mantap sekali dalam kalngan rakyat Malaysia. Malaysia Boleh! Malysia boleh! slogan ini acap kali dilaungkan di stadium ataupun arena sukan. Masih ingat tak suasana di stadium di mana kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi bersama-sama menyokong tokoh sukan negara- Wong Chong Hann dalam pertarungan Piala Thomas? Malaysia BOleh! itulah suara yang menyuarakan kecintaan rakyat pada negaranya, Malaysia.

    Malangnya, sejak kemunculan Facebook sebagai media sosial yang popular di negara kita, semangat patriotisme nampaknya luntur dari sehari ke sehari. Penggunanya selalu memuat naik video tentang masalah sosial, gejala mat rempit, rasuah, keruntuhan moral dengan menyatakan 'MalaysiaBoleh' dan hanya di Malaysia. Gelagat ini ketara memalukan negara kita dan menunjukkan perasaan kurang cinta akan negara kita. Trend tersebut turut mempengaruhi minda orang lain lalu mengakibatkan fenomena yang tidak baik ini tersebar. 

   Negara kita, Malaysia pada hakikatnya, cemerlang dan berjaya! Rakyat Malaysia bersama- sama melintangi segala cabaran selama 56 tahun ini. Tsunami ekonomi, politik dan kebelenguan kemiskinan semuanya dilalui bersama-sama. Negara kita telahpun membimbing betapa banyak warga yang cerdik pandai dan mencapai kecemerlangan di mata dunia. Misalnya, rakyat Malaysia berjaya mencapai alat elektronik yang berguna, iaitu 'pendrive'. Dalam arena sukan, negara kita membimbing tokoh sukan yang berjaya seperti Datuk Nicol David dan Datuk Lee Chong Wei yang kerap kali memjuarai pertandingan berprestij dunia. Mereka mengharumkan nama negara kita ! 

     Akhir sekali, saya mengucapkam terima kasih kepada Malaysia. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia! Merdeka! Merdeka! Merdeka!!



 

No comments:

Post a Comment